26 Januari 2018

Panduan Recovery Data Dengan Perisian Recuva

  broayietech       26 Januari 2018
Aduh data semua hilang tersilap format atau terkena virus, jangan bimbang broayietech.com berkongsi dengan anda panduan recovery data dengan perisian recuva yang pasti ianya perisian percuma.

Broayietech.com dah banyak kali gunakan perisian ini untuk mengembalikan data-data yang hilang dah hasilnya memang tidak mengecewakan yang pasti bukan hard disk ,pendrive atau sd card anda rosak.
Perisian ini digunakan untuk recovery data pada pendrive, sd card, portable hard disk, broayietech.com tak nak buang masa anda. Sebelum itu pastikan anda mempunyai capaian internet untuk memuat turun perisian disini Recuva Portable supaya anda tidak perlu lagi install di komputer.















Tunggu sehingga muat turun selesai. Tak lama bergantung kepada capaian internet anda.











Selepas dah siap muat turun, anda perlu extract file yang dimuat turun menggunakan perisian Winrar, Winzip atau 7-zip seperti gambarajah dibawah.



Jangan lupa sambung pendrive, hard disk atau sd kad anda terlebih dahulu usb port sebelum install perisian recuva recovery

Selepas dan siap extract klik dua kali (double click) folder rcsetup153. Kalau anda lihat gambar di bawah, ada dua nama yang hampir sama iaitu recuva dan recuva64.

Jika anda menggunakan operation system 32bit pilih recuva sahaja dan jika anda menggunakan operation system 64bit pilih recuva64.

Pada gambarajah dibawah broayietech.com menggunakan operation sistem 64bit, klik kanan pilih as administrator.

Satu tetingkap kecil akan muncul dan anda hanya perlu menekan butang Yes.

Paparan di bawah akan muncul. Klik butang Next.
Tak kiralah apa jenis fail yang anda nak recovery pilih sahaja All Files supaya anda tak pening-pening kepala nak pilih yang mana satu. Kemudian klik butang Next.
Pilih pilihan On my media card or iPod jika anda nak recover data daripada pendrive, external/portable hard disk atau SD card. Selepas itu anda klik buton Next
Pilih atau tick Enable Deep Scan. Proses data recovery melalui Enable Deep Scanmemang lama tapi kelebihannya banyak data anda dapat dikembalikan.
Klik butang Start untuk memulakan proses data recovery.
Bergantung kepada kapasiti media yang anda gunakan, proses scanning boleh memakan masa sekitar 2-3 jam (atau lebih… sempat lagi nak tidur sejam dua ni…)
Setelah scanning selesai anda akan dapat melihat fail-fail anda buat kali pertama di sini. Klik butang Switch to advanced mode.
Supaya proses mengembalikan data anda lebih teratur klik Options… , tekan tab Actions, pilih Restore folder structure kemudian klik butang OK.

Anda boleh pilih membuat pilahan samada nak recover semua anda sabahagian sahaja data, pastikan hanya data yang berwarna hijau sahaja yang dipilih. Manakala data yang berwarna merah atau kuning data tang rosak dan tidak boleh direcovery.

Pilih lokasi data yang hendak dipindahkan. Dalam contoh di bawah broayietech.com memilih Desktop supaya senang saya nak cari nanti. Lepas tu klik butang OK.
Bergantung pada berapa banyak fail yang anda pilih tadi proses ni akan mengambil sedikit masa. Lepas dah selesai tetingkap ni akan muncul. Klik saja butang OK.

So sekarang dah dah tahu macam mana cara recovery datang dengan perisian percuma recuva recovery, broayietech.com berharap artikel ini membantu anda diluar sana, semuga ianya memberi manafaat buat anda dan broayietech.com
Jangan lupa kongsikan artikel ini jika anda rasa ianya memberi manafaat buat orang lain.
logoblog

Thanks for reading Panduan Recovery Data Dengan Perisian Recuva

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan