Ok, artikel kali ini broayietech akan menerangkan sekumit ilmu berkaitan hub dan switch serta perbezaan diantaranya, hub dan switch kerjanya sama dan fungsinya sama, tetapi mana yang lebih terbaik dalam membuat satu jaringan komputer. Sebelum itu jom kenali apa itu Hub Dan Switch.

Apa itu Hub Dan Switch

Hub ialah peranti rangkaian yang sederhana. Hub tidak menetapkan alur destinasi data dirangkaian, jadi setiap packet data yang melalui Hub akan dihantar (broadcast) ke semua port yang ada hingga packet data tersebut sampai ke destinasi. Hal tersebut boleh membuat hub menjadi collisions ( perlanggaran ) dan ianya melambatkan rangkaian dan perhantaran data . (Hub juga sering dikenali dengan repeater network ( Penguat jaringan ).

Switch ialah sebuah peranti keras yang menghubungkan  packet data diantara komputer dalam rangkaian dan mampu untuk mengenali topologi rangkaian di banyak layer sehingga packet data boleh boleh berhubung ke destinasinya tanpa sebarang ganguan.

Perbezaan Hub Dan Switch

Perbezaan Hub dan Switch terletak dari bagaimana packet data / maklumat yang dihantar kepada pengguna diproses. Ketika data masuk atau datang ke Hub, Hub akan mengambil data tersebut dan akan mentransmisikan ke setiap komputer yang disambungkan ke rangkaian.

Tetapi halnya perbeza dengan Switch, ia akan menerima data tersebut dan hanya akan menghantar data packet ke komputer yang berkepentingan menerima data tersebut dan tidak akan berlaku proses data transfer atau data packet lambat dihantar kepada komputer mengikut IP (  internet protocol ).

Penggunaan Switch akan memotong penggunaan bandwith rangkaian anda secara signifikan, terutama bila anda mempunyai rangkaian dengan komputer yang banyak dan semuanya sibuk untuk menghantar dan menerima data disaat bersamaan. Keunggulan switch yang lain ialah data akan lebih cepat dihantar ke destinasi sepatutnya.

Sharing Is Caring

Biodata Penulis

Blogger | IT Support | Review & Lifestyles | 7 tahun pengalaman dalam servis dan selenggara printer juga komputer. Menyediakan servis dan selenggara printer, komputer dan laptop ( whatsapp : 017 918 7218 )

Tinggalkan Komen Anda Disini

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.