Pernah terjadi pada anda, selesai buat kerja bila nak save dalam external hard disk atau pendrive ianya  terjadi seperti gambarajah dibawah?

 

Ianya terjadi pada broayietech, artikel kali ini broayietech akan kongsi dengan panduan mengatasi masalah hard disk Write Protected atau Read Only.

Ikuti langkah dibawah dibawah :-

Langkah Pertama – buka ” RUN ” ataupun shortcut ” Windows +R ”  akan keluar seperti gambarajah dibawah.

klik button ok pada gambarajah diatas akan keluar diskpart command seperti gambarajah dibawah. 

Lalu taip ” LIST DISK ” untuk melihat drive yang terdapat pada komputer anda, seperti gambarajah dibawah. 

Setelah itu pilih drive read-only, dengan taip perintah ” SELECT DISK ” semasa broayitech buat tutorial ini drive 2 yang bermasalah, broayietech akan memilih Disk 2, jadi perintahnya ” SELECT DISK 2 ” lihat gambarajah dibawah.

Setelah itu akan muncul pemberitahuan ” Disk 2 is now the selected disk ” seperti diatas. Jika anda masih belum yakin, anda boleh semak kembali dengan menggunakan perintah ” LIST VOLUME ” untuk melihat partition yang ada dalam hardisk.

Jika partition yang anda maksud ada dalam daftar list volume pilih partition tersebut dengan menggunakan perintah ” SELECT VOLUME “.

Broayietech memilih disk 6 kerana partition yang berlabel F partition itu yang bermasalah, menggunakan perintah ‘SELECT VOLUME 6’ Setelah memilih partition yang dianggap bermasalah lalu lihat status details partition tersebut menggunakan perintah  ” DETAIL DISK ” seperti gambarajah dibawah.

 

Diatas external hard disk yang bermasalah memang berstatus Read-only : Yes dan ada tanda bintang di samping Volume 6. Langkah seterusnya menghilangkan atribut Read-only tersebut, taip “ATTR DISK CLEAR READONLY ” dan hilangkan juga pada volume ” ATTR VOLUME CLEAR READONLY ” setelah itu semak kembali mengunakan perintah ” DETAIL DISK

Jika berhasil maka status ” Read Only ” bertukar kepada No, jika anda rasa artikel ini membantu rakan-rakan anda kongsi di media sosial anda agar dapat membantu mereka diluar sana.

 

Sharing Is Caring

Biodata Penulis

Blogger | IT Support | Review & Lifestyles | 7 tahun pengalaman dalam servis dan selenggara printer juga komputer. Menyediakan servis dan selenggara printer, komputer dan laptop ( whatsapp : 017 918 7218 )

Tinggalkan Komen Anda Disini

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.