Adakah komputer anda tidak stabil? Mungkin ada masalah dengan RAM, bagi mengetahui adalah ianya berpunca dari ram ( random access memory ). Artikel pada kali ini broayieyetech akan berkongsi dengan anda panduan bagaimana menguji ram komputer bermasalah.

Random Access Memory (RAM) akan mengalami kemerosotan prestasi apabila tiba waktunya. Tiada apa yang kekal di dunia ini termasuklah RAM anda. Simptom-simptom ‘penyakit’ yang sering berlaku apabila RAM anda perlu digantikan adalah PC kerap tergendala (hang), restart sendiri dan juga kehadiran BSOD (Blue Screen Of Death).

Ikuti Panduan dibawah.

Panduan mengesan RAM yang bermasalah pada komputer

Tahukah anda di dalam Windows, ianya turut disediakan alatan bagi melakukan diagnostik terhadap memori komputer anda. Untuk mendapatkan alatan ini, anda hanya perlu taipkan memory pada kotak carian (Start > Search untuk Windows 7, sebelah butang Start untuk Windows 10). Dari situ, pilih Windows Memory Diagnostic.

Dari tetingkap yang dipaparkan, klik Restart now and check for problems. Seperti gambarajah dibawah.

Windows akan restart dan komputer akan dihidupkan semula bentuk program diagnostik memori. Sementara itu, anda hanya perlu tunggu untuk beberapa minit dan apabila ia selesai, ia akan dihidupkan kembali ke Windows.

Selepas selesai dan kembali semula ke Windows, anda taipkan event pada kotak carian dan pilih Event Viewer.

Pada bahagian kanan Event Viewer, kembangkan Windows Logs dan klik pada SystemKemudian, klik kanan pada System (anda perlu klik terlebih dahulu pada System sebelum klik kanan) dan pilih Filter current log.

Seterusnya, akan keluar satu kotak dialog baru akan dibuka. Dari kotak dialog berkenaan, pilih menu drop down pada Event Source lalucari MemoryDiagnostics-Results dan tandakan pada kotak disebelahnya. Klik OK dan tutup kotak dialog.

Kembali kepada Event Viewer, satu senarai berkenaan diagnosa memori akan dipaparkan.

Klik pada senarai berkenaan dan maklumat lanjut berkenaan memori anda diceritakan di dalam log ini. Seperti gambarajah dibawah

Jika event viewer memaklumkan bahawa tidak terdapat masalah pada RAM anda (contoh diatas menunjukkan komputer ini tiada masalah RAM), matikan komputer anda dan tanggalkan RAM-RAM dan tinggalkan hanya satu sahaja. Kemudian hidupkan semula komputer dan ulangi langkah-langkah diagnosa RAM seperti yang diterangkan di dalam artikel ini. Ulang untuk setiap RAM sehingga anda dapat benar-benar dapat mengesan RAM mana satu yang bermasalah.

jangan lupa klik button sharing is caring dibawah, jika anda rasa artikel ini memberi manafaat pada orang lain.

Suka dengan artikel ini? Jom, kongsikan!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Biodata Penulis

Blogger | IT Support | Review & Lifestyles | 7 tahun pengalaman dalam servis dan selenggara printer juga komputer. Menyediakan servis dan selenggara printer, komputer dan laptop ( whatsapp : 017 918 7218 )

Tinggalkan Komen Anda Disini

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.