Anda masih tercari-cari panduan membeli domain? artikel kali ini broayietech akan berkongsi dengan anda panduan membeli domain di halaman MTA SOLUTIONS ,menawarkan perkhidmatan menjual domain dan web hosting dengan kadar harga mampu milik dan servis yang terbaik.
Pentingkah memiliki domain? domain adalah alamat bagi sebuah website atau laman web yang mana ianya ditulis di pelayar seperti google.com atau facebook.com ianya juga disebut URL  Uniform Resource Locatordomain diperlukan untuk membawa pelawat ke halaman web anda.
 
Domain pada asalnya berbentuk nombor seperti 224.345.212.45 telah digantikan kepada huruf ianya memudahkan pengguna  atau pengunjung mengingatinya, dalam membuat pemilihan domain, anda boleh memilih extension yang sesuai, ianya berakhir dengan [ Dot ] .com .net .org .com.my .net.my dan .org.my .edu.my . Pemilihan domain amat penting bagi melambangkan web atau blog anda.
 
Contoh seperti laman www.broayietech.com
 

PANDUAN MEMBELI DOMAIN NAME DI MTA SOLUTIONS

Terdapat banyak syarikat web hosting samada di malaysia atau luar negara, anda bebas memilih mengikut bajet, sedikit tips dari broayietech jika anda hanya targetkan pengunjung website dari malaysia sebaiknya anda mendapatkan web hosting di hostkan ke data centre malaysia.

Broayietech akan berkongsi panduan membeli domain website di MTA SOLUTIONS, sebab harga domain yang mampu dibayar pertahunan dan servis pengaktifan domain tak sampai 48 jam. Broayietech berharap semuga sedikit sebanyak perkongsi membantu anda.

Untuk melakukan pembelian domain anda perlu ke halaman MTA SOLUTIONS perlu ke menu domain dan klik ” Register Domain ” seperti gambarajah dibawah.

Sebelum membeli domain, pastikan anda betul yakin dengan domain yang ingin dibeli kerana setelah domain dibeli anda tidak dapat ubah nama domain tersebut melainkan anda terpaksa membeli domain lain. Nama domain sila pilih domain yang ringkas dan mudah diingati dan melambangkan web atau blog anda, contoh www.broayietech.com mempunyai ciri-ciri blog seorang budak tech iaitu IT.
Pada bahagian pembelian domain ini akan dipaparkan dengan harga bagi setiap domain dan harga domain juga bergantung kepada jenis domain tersebut dan berapa lama tempoh domain itu dibeli. Harga domain di MTA SOLUTIONS adalah serendah RM50.00 untuk tempoh setahun.
 

NOTA : Makluman setiap syarikat web hosting atau hosting provider menawarkan harga domain tidak sama, kerana ianya bergantung kepada nilai USD semasa.

 

Jika anda yakin dengan pembelian domain, klik pada DNS MANAGEMENT ( FREE ), EMAIL-FORWADING ( FREE ) dan ID Protection ( RM30.00 ), Klik pada button continue, langkah seterusnya anda perlu mengisi segala butiran peribadi bagi proses pembelian domain tersebut.  Anda boleh buat pilihan untuk dapatkan khidmat percuma bagi DNS Management dan Email Forwarding tetapi anda perlu membayar tambahan RM30.00 untuk dapatkan khidmat ID Protection.
 
DNS Management dimana anda dibolehkan menukar Domain Nameserver, pada bila-bila masa sahaja. Untuk ID Protection ini berfungsi untuk menyembunyikan maklumat peribadi dari pengetahuan orang di laman who.is Bagi pemilik yang tidak sertakan fungsi ID Protection, adalah mudah untuk orang lain mendapatkan maklumat seperti nama anda, alamat, email dan nombor telefon anda.
 
Domain Nameserver ini membolehkan anda sekiranya mempunyai hosting dan boleh didapati dari syarikat yang menawarkan khidmat hosting ini. Sekiranya anda sudah ada hosting dari syarikat lain anda perlu memasukkan Nameserver hosting tersebut dalam domain ini untuk dipadankan. Anda boleh hubungi pihak syarikat hosting untuk dapatkan bantuan mengenai Nameserver ini.

 

Anda boleh membuat pembayaran sama ada dengan menggunakan mesin ATMCash Deposit atau pun secara online. Kalau anda buat bayaran secara online lagi mudah kerana selesai sahaja anda membuat bayaran, domain anda akan terus dibeli dan anda boleh gunakan domain tersebut dalam tempoh 24 jam.
 

NOTA : Untuk pembelian domain .My anda perlu sertakan salinan kad pengenalan atau SSM , dimana maklumat ini perlu diberi kepada pihak Mynic yang mana diurus tadbir oleh jabatan kementerian komunikasi dan multimedia Malaysia.

Jika anda mengalami masalah semasa proses pembelian atau pendaftaran, anda boleh hubungi pihak MTA solutions di bahagian CONTACT 

Broayietech berharap dengan adanya panduan ini dapat membantu anda yang masih tercari-cari cara membuat pembelian domain.

Bagi mereka yang berdekatan chendering, kuala ibai, kubang ikang, unizakampuskota atau berdekatan wisma negeri terengganu, broayietech ada menyediakan perkhidmatan servis membaikpulih komputer, laptop printer ( canon, epson, brother, hp dan ricoh ) menyediakan perkhidmatan free pickup kawasan sekitar, jika anda berminat menggunakan perkhidmatan dari broayietech boleh whatsapp ke 017-918 7218

Suka dengan artikel ini? Jom, kongsikan!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Biodata Penulis

Blogger | IT Support | Review & Lifestyles | 7 tahun pengalaman dalam servis dan selenggara printer juga komputer. Menyediakan servis dan selenggara printer, komputer dan laptop ( whatsapp : 017 918 7218 )

Tinggalkan Komen Anda Disini

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.