Artikel sebelum ini broayietech ada berkongsi dengan anda tips memilih printer inkjet atau laser jet, so pada artikel kali ini broayietech akan berkongsi dengan anda panduan membeli laptop untuk student.


Broayietech yakin, zaman sekarang laptop sudah jadi barang keperluan bukan lagi kehendak untuk menunjuk atau bermewah. Sekarang ini musim pendaftaran pelajar baru, broayietech sangat pasti, ramai pelajar tengah pening nak pilih laptop kan? diantara jenama, rupa, berat , spesifikasi atau prestasi

Dibawah broayietech menyenaraikan beberapa panduan untuk anda.

1. Budget :-

Tips pertama sebelum anda membeli laptop bagi seorang student iaitu bajet mengikut kemampuan, bagi broayietech mungkin bajet RM1500.00 kebawah merupakan terbaik bagi seorang student bagi kerja-kerja tugsan yang ringan, terutama student perniagaan atau yang tidak terlibat dengan kerja-kerja multimedia mahupun pengaturcaraan.
2. Spesifikasi :-

Panduan kedua iaitu menyesuaikan spesifikasi mengikut keperluan kerja atau tugasan, tentunya ianya berbeza mengikut jurusan anda, bagi student jurusan multimedia spesifikasi keperluan iaitu ram atau memory 4GB keatas dan prosesor intel dengan grafik kad nvidia atau amd 2GB memory dedicated ( memory GPU yang tidak berkongsi dengan memory laptop ), manakala untuk jurusan ekonomi atau perniagaan prosesor intel dengan memory 2GB sudah cukup.

Storage samada ada SSD atau HDD, bagi broayietech jika anda ada bajet lebih bolehlah dapatkan SSD ( Solid State Drive ), kecepatan bacaan data  dan transfer data lebih 4 kali ganda dari HDD.

Size skrin laptop, skrin juga menjadi keutamaan bagi student mutlimedia atau pengaturcaraan ianya memainkan peranan yang penting dalam membuat tugasan kerja dengan paparan yang besar.

3. Material Design :-
Design dan material juga memainkan peranan bagi laptop, jika anda seorang student sudah semestinya penggunaan laptop yang agak lama, oleh itu broayietech cadangkan material dan design yang terbaik adalah aluminium kerana ianya tahan kepada kepanasan, disebabkan penggunaan yang agak lama, jika kepanasan terlampu boleh merosakkan komponen utama motherboard iaitu chipset GPU.

4. Multi Tasking :-

Pilihan laptop penggunaan multitasking, multitasking iaitu mampu menjalankan perisian yang banyak dalam satu masa, ianya penting bagi student terutama dalam satu masa melayari internet dan melakukan kerja lain dengan membuka applikasi media player, penggunaan microsoft office dan applikasi lain. Sebaiknya pilihlah spesifikasi prosesor dan memory yang tinggi.

5. OS windows yang terinstall ( Windows Original ) :-

Windows terinstall dilaptop, iaitu windows bing dimana disertakan windows original pada laptop kebiasaan model asus atau acer disarankan kerana harga bagi windows original agak mahal.

6. Jaminan :-

Anda jangan bimbang jika perlu kerosakan dalam jaminan, hantar sahaja di kedai dimana anda membelinya, atau anda boleh ke servis center berdekatan. pastikan anda hantar laptop dalam habis warranty dan pastikan kerosokan bukan disebabkan anda jika tidak secara automatik jaminan void.

Nota Tambahan :-

Pesanan broayietech kepada anda, sayangilah laptop anda kerana bukan mudah memiliki sebuah laptop, ayah atau mak anda cari rezeki untuk anda jadi hargailah pemberian mereka jika anda seorang anak hartawan, pastikan anda servis laptop 3 bulan atau 6 bulan sekali jika tidak komponen laptop iaitu chipset anda akan rosak, disebabkan debu atau bendasing yang terdapat pada cooler fun seperti gambarah dibawah. Jika laptop anda dalam jaminan broayietech tidak menyarakan kecuali anda ke servis centre.

Jika anda takut melakukan servis sendiri broayietech menyediakan perkhidmatan servis membaikpulih komputer dan laptop, boleh terus whatsapp atau call ke 017-918 7218( Perkhidmatan Ambil & Hantar Sekitar Chendering,Kuala Ibai & Wisma Negeri Terengganu. )



Sharing Is Caring

Biodata Penulis

Blogger | IT Support | Review & Lifestyles | 7 tahun pengalaman dalam servis dan selenggara printer juga komputer. Menyediakan servis dan selenggara printer, komputer dan laptop ( whatsapp : 017 918 7218 )

This article has 2 komen

Tinggalkan Komen Anda Disini

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.