Pada artikel sebelum ini broayietech berkongsi berkaitan perbezaan diantara modem dan router, untuk artikel kali ini broayietech akan berkongsi dengan anda panduan membeli modem wireless router, apa itu modem wireless router?

Modem Wireless Router dimana mengabungkan diantara modem + router + wireless. Modem berfungsi menghubungkan capaian internet kepada pembekal perkhidmatan, router pula berfungsi menghubungkan capaian internet kepada mana-mana komputer atau pelanggan manakala wireless adalah peranti tanpa menggunakan kabel / wire dengan menggunakan frekuensi / signal menghubungkan capaian internet yang dipancarkan kepada peranti penerima wireless yang terdapat pada tablet, smartphone dan lain-lain.

Sebelum anda membeli, ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan jangan terus beli kemungkinan yang anda beli tidak sesuai digunakan, ikuti beberapa panduan dibawah.

1. Apa Yang Anda Perlukan?


Adakah anda perlukan modem wireless router hanya untuk kegunaan internet, atau pun untuk keperluan lain? Jika hanya untuk kegunaan internet modem wireless router biasa sudah memadai jika ianya kegunaan bermain games online, anda perlukan modem wireless router yang terbaik dan kuat.

2.  Berapa Bajet Anda?


Jika anda mempunyai bajet yang minimum cukup sekadar beli modem wireless router biasa, jika anda mempunyai bajet yang tinggi, anda boleh membeli router yang lebih baik, sebelum anda membeli pastikan anggaran bajet.

3. Wireless Mana Yang Diperlukan?


Terdapat standard wireless yang cukup yang boleh anda pilih, anda boleh mempertimbangkan komputer yang telah anda beli dengan keperluan tanpa wayar. Sesetengah piawai wayarles termasuk 802.11a, 802.11b dan juga 802.11ac.
Untuk kelajuan rangkaian maksimum, anda boleh memilih standard 802.11ac, tetapi perlu diingatkan haruslah peranti anda menyokong wireless frekuensi 802.11ac, jika tidak ianya sia-sia sahaja dan perlu pembaziran.

4. Berapa Kelajuan Yang Diperlukan?


Mempertimbangkan modem wireless router terbaik  dengan beberapa kapasiti  atau kelajuan sebelum anda membelinya, kecepatan transmisi router boleh diketahui dengan nilai Mbps ( megabite per second ) yang terdapat pada modem wireless router ingin dibeli.
Jika anda bekerja dengan penggunaan internet capaian kelajuan yang tinggi, anda perlu memilih modem wireless router mempunyai transmisi yang tinggi.

5. Jenama Modem Wireless  Router Yang Terbaik?


Bagi pengetahuian anda terdapat pelbagai jenama untuk modem wireless router seperti prolink,dlink,asus, tp-link, cisco, azteh dan pelbagai lagi diluar sana, jenama juga menentukan kualiti dan harga, bagi pengguna streamyx / unifi broayietech sarangkan menggunakan jenama tp-link atau dlink, kerana proses tetapan konfigurasi tidak sesukar mana berbanding jenama lain.

6.  Keselamatan Akses Internet?


Sebelum anda membeli modem wireless router, anda harus mempertimbangkan keselamatan dari diceroboh oleh makhluk Allah swt, salah satu piawai WPA2.

Berikut adalah panduan bagi anda yang ingin membeli modem wireless router, broayietech berharap dengan panduan ini membantu sedikit sebanyak, jika anda perlukan perkhidmatan broayietech bagi mereka sekitar chendering, kuala ibai atau kubang ikang, boleh whatsapp atau call 017-918 7218 ( broayietech ) , menyediakan perkhidmatan servis dan membaikpulih computer, laptop juga printer dengan harga yang berpatutan, free pickup dan free delivery sekitar chendering, kuala ibai dan kubang ikang. 

Suka dengan artikel ini? Jom, kongsikan!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Biodata Penulis

Blogger | IT Support | Review & Lifestyles | 7 tahun pengalaman dalam servis dan selenggara printer juga komputer. Menyediakan servis dan selenggara printer, komputer dan laptop ( whatsapp : 017 918 7218 )

Tinggalkan Komen Anda Disini

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.