Hiren Boot iaitu satu perisian bootable cd atau bootable usb yang mana di dalamnya terdapat pelbagai tools utility dan program diagnosis seperti partition magic,imaging tools, data recovery tools, bios tools dan banyak lagi.
Jika anda seorang juruteknik komputer, perisian bootable ini adalah perkara yang wajib ada tak kiralah juruteknik kerajaan atau swasta, kerja anda menyelesaikan masalah pelanggan atau masalah pentadbiran anda.
Ciri-Ciri Terdapat Pada Hiren Boot CD iaitu :-
  • hiren’ boot cd 15.2 image
  • Antivirus Tool
  • Backup Tool
  • BIOS / CMOS tool
  • Browser / File Manager
  • Cleaner
  • Device Driver Tool
  • Editor / Viewer
  • File System tool
  • Hard disk tool
  • MBR (Master Boot Record) tool
  • Ms Dos tool
  • Network tool
  • Optimizer
  • Partition tool
  • Password / Key tool
  • Process tool
  • Recovery tool
  • Registry tool
  • Remote Control tool
  • Security / Encryption tool
  • Start Up tool
  • System Information tool
  • Testing tool
  • Tweaker
  • Dan lain-lain…
Banyak  lagi tools yang terdapat , diatas senarai yang basic sahaja, dengan menggunakan perisian ini anda dapat menjalankan kedua Windows dan Linux OS melalui flash disk ( pendrive ) yang dipasang Hiren boot cd. Dibawah adalah panduan membuat usb bootable hiren boot terdapat 2 panduan secara manual dan atau menggunakan perisian rufus.
Panduan Pertama :-
1. Terlebih dahulu anda perlu download perisian hiren boot ( disini )
2. Kemudian membuka explorer menunjukkan fail tersembunyi di menu bar view> Options, seperti gambarajah dibawah.
3. Pilih show hidden file dan untick hide protected seperti gambarajah dibawah di bawah.

4 . Masukkan Flash Disk ( Pendrive ) pada mana-mana port usb dan extract semua file zip hiren boot cd ke flash disk pada directory utama.
Selesai setup, langkah seterus anda perlu setting bios boot adalah boot from usb drive…
Panduan Kedua :-
1. Download Hiren Boot ISO lalu extract file tersebut. ( disini )
2. Download Perisian Rufus ( disini )
Selepas anda siap download perisian rufus, jalankan perisian tersebut  pastikan device yang dipilih adalah usb flash disk yang anda ingin setup hiren boot seperti gambarajah dibawah.
Tick pada ” Create A Bootable Disk Using ” pilih free dos, selepas itu klik pada ikon cd sebelah free dos dmana anda diminta mencari file iso hiren boot cd, seperti gambarajah dibawah.
Selesai, sahaja langkah diatas anda klik button start pada rufus akan keluar pop mesej seperti gambarajah dibawah, klik sahaja ” Yes ” untuk langkah seterusnya.
Tunggu sehingga proses selesai, maka anda boleh menggunakan perisian bootable hiren boot, dengan menetapkan setting pada bios anda first boot usb drive.
sekian, broayietech berharap panduan ini sedikit sebanyak membantu anda diluar sana terutama pada juruteknik komputer perisian ini adalah wajib buat anda tak kiralah bidang kerja bahagian sektor kerajaan atau swasta.

Bagi mereka yang berada berdekatan chendering atau kuala ibai, memerlukan perkhidmatan servis membaikpulih komputer, laptop atau printer, anda boleh whatsapp broayietech 017 – 918 7218, waktu operasi ahad-khamis 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Suka dengan artikel ini? Jom, kongsikan!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Biodata Penulis

Blogger | IT Support | Review & Lifestyles | 7 tahun pengalaman dalam servis dan selenggara printer juga komputer. Menyediakan servis dan selenggara printer, komputer dan laptop ( whatsapp : 017 918 7218 )

Tinggalkan Komen Anda Disini

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.