Anda yang ingin membuat pelayan web di Windows – mungkin kerana anda belajar untuk membuat web anda sendiri atau untuk tujuan lain, anda boleh melakukannya dengan mudah. Artikel pada kali ini broayietech menyediakan beberapa cara untuk membuat server web pada komputer pengoperasian windows, yang dapat anda praktikkan pada berbagai versi Windows seperti Windows 7, Windows 8.1, atau Windows 10.

Menggunakan ISS 

Cara pertama untuk membuat pelayan web di Windows ialah dengan menggunakan Microsoft IIS (Internet Information Services). IIS ini sudah wujud di Windows, tetapi tidak aktif secara lalai. Bagi mengaktifkannya, anda hanya menaipnya dalam bar cari Turn Windows Features On or Off, kemudian klik untuk membukanya. Seperti gambarajah dibawah.

Tick paada Internet Information Services dan klik OK, lalu tunggu hingga proses selesai, lihat gambarajah dibawah.

Setelah itu taip  IIS di kolum pencarian, dan buka Internet Information Services Manager, seperti gambarajah dibawah.

Klik dropdown di panel connection di sebelah kiri> Sites, di sana anda akan dapati senarai laman web di Windows anda. Jika anda baru saja mengaktifkannya,hanya ada Default Web Site di sana. Anda boleh menambah tapak web baru dengan mengklik add website dari panel di sebelah kanan.

Seperti gambarajah dibawah ini.

Setelah itu masukkan saja detail website yang  anda inginkan pada bagian Site name.

Pada ruangan Physical path, anda boleh browse dan membuat folder root tempat dimana pelbagahi fail website anda akan disimpan. Defaultnya, anda boleh simpan dengan membuat sub folder website anda di C:\inetpub\wwwroot .

Jika anda memiliki ip statik untuk website tersebut, anda boleh masukkkan ip statik di ruangan yang disediakan, tetapi disebabkan broayietech hanya membuat server localhost abaikan sahaja.

Semuga sedikit perkongsian ini memberi manafaat buat anda yang tercari-cari panduan membuat web server pada komputer windows anda, In Syaa Allah untuk artikel berikut broayitech akan membuat panduan setup localserver ke liveserver menggunakan komputer windows anda dari rumah.

Sharing Is Caring

Biodata Penulis

Blogger | IT Support | Review & Lifestyles | 7 tahun pengalaman dalam servis dan selenggara printer juga komputer. Menyediakan servis dan selenggara printer, komputer dan laptop ( whatsapp : 017 918 7218 )

Tinggalkan Komen Anda Disini

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.