Assalamualaikum dan salam sejahtera lama broayietech.com tidak berkongsi sebarang panduan dengan anda, artikel kali ini broayietech.com akan kongsi dengan anda Panduan Mengatasi Masalah ” User Profile Cannot Be Loaded ” pada windows 7.
 

Menyebab bagi masalah ini kerana komputer anda diserang virus atau pun file pada windows anda corrupt, disebabkan itu windows tidak dapat membaca user profile yang betul semasa log in.

 
Melakukan repair windows atau restore windows ianya bukanlah cara yang bagus mengatasi masalah ini, dibawah broayietech.com kongsikan panduan.
 

PANDUAN MENGATASI MASALAH ” USER PROFILE CANNOT BE LOADED ”  PADA WINDOWS 7

 
1- Anda perlu restart komputer atau laptop.
2- Semasa proses booting, anda perlu tekan button F8 pada papan kekunci ( keyboard ) komputer atau laptop.

3- Akan terpapar mode pilihan windows, anda pilih ” SAFE MODE
4- Pada Safe Mode anda boleh log in.
5- Seterusnya apabila anda sudah masuk kepada paparan windows tekan Button ” Windows ” pada keyboard anda diikuti dengan tekan Button R (  Windows + R )
6- Setelah masuk pada paparan Registry , Seterusnya cari folder ” HKEY_LOCAL_MACHINE >> SOFTWARE >> Microsoft >> Windows NT >> CurrentVersion >> ProfileList
7- Terdapat dua folder dimana nama awalan ” S-1-5 ” yang mana nombor belakangnya sama, tetapi , yang satu berakhir dengan .bak dan satu lagi tidak berakhir .bak
8- Klik kanan dan pilih Rename pada folder tanpa .bak, tambahkan akhiran .bk pada folder tersebut.

9- Klik kanan dan pilih Rename pada folder yang berakhiran .bak, hapus akhiran .bak tersebut.
10- Seterusnya Pilih folder tanpa .bk, pada panel sebelah kanan double klik RefCount dan taip 0 (angka nol)  pada Value Data kemudian klik OK.
11- Pada folder tanpa .bk, pada panel sebelah kanan double klik State dan taip 0 (angka nol)  pada Value Data kemudian klik OK.
12. Langkah terakhir clos program ” Registry Editor ” dan restart sistem komputer anda, kini komputer anda berfungsi seperti sediakala.
 

Diharapkan perkongsi ini sedikit sebanyak membantu anda, broayietech.com dah cuba buat dan ianya berhasil, jika anda rasa ianya memberi manafaat kongsi dengan rakan-rakan anda diluar sana dengan menekan button like atau share dibawah, jika terdapat pertanyaan anda boleh menggunakan ruangan komentar dibawah.

Suka dengan artikel ini? Jom, kongsikan!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Biodata Penulis

Blogger | IT Support | Review & Lifestyles | 7 tahun pengalaman dalam servis dan selenggara printer juga komputer. Menyediakan servis dan selenggara printer, komputer dan laptop ( whatsapp : 017 918 7218 )

Tinggalkan Komen Anda Disini

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.