Abang pendrive sayang kena virus shortcut macam mana nak buat, semua file dan maklumat ada dalam pendrive, sekejap lagi sayang nak buat presentation,inilah situasi yang terjadi kepada isteri broayietech, jangan bimbang suami anda dapat membantu, file dan maklumat anda tidak hilang ianya tersembunyi (  hidden ).
Sebelum broayietech memberi panduan mengatasi hidden file disebabkan terkena virus shortcut, jom kita mengenali apa itu virus shortcut dan macam mana boleh terkena virus shortcut.
Apa itu Virus Shortcut?

Virus shortcut, secara umum akan menyerang komputer atau pen drive anda ianya dijangkiti oleh beberapa program berniat jahat dan sebagai hasilnya, semua fail dan folder anda akan diubah menjadi fail shortcut dan dimana fail asal tersembunyi.
Virus ini merebak dari satu komputer ke komputer lain seperti virus melalui pen drive, hard disk external, pertukaran kad memori atau melalui sambungan internet / Bluetooth. Virus yang paling biasa dijumpai dalam cd,vcd atau dvd adalah autorun.inf yang terus menjangkiti sistem anda dengan membuat shortcut fail dan folder yang tidak terhad.
Di sini broayietech akan berkongsi dengan anda 2 cara mengatasi masalah file atau folder anda yang hidden, disebabkan terkena virus shortcut.
  • Buang Virus Shortcut perintah CMD ( Command Prompt )
  • Menggunakan Perisian Antivirus Smadav

1. Buang Virus Shortcut Perintah CMD (  Command Prompt )

Langkah-langkah untuk buang virus Shortcut menggunakan CMD,prompt perintah untuk menghapuskan virus dan memulihkan fail adalah cara terbaik dan terdapat 95% kemungkinan penyingkiran virus. cara penghapusan virus shortcut ini dari pendrive ( Flash Disk ), Kad memori, PC, Hard disk, dan juga Telefon. ikuti langkah-langkah yang diberikan di bawah :-
  • Pergi Ke ( Start > Taip Run > CMD ) .  lihat gambarah dibawah.
  • Masukkan Pendrive (  Flash Disk Anda ) ke mana-mana port usb.
  • Sekarang taip: attrib e:*.* /d /s -h -r -s . ( Gantikan E dengan nama pendrive anda ) seperti gambarajah dibawah

2. Menggunakan Perisian SMADAV
Langkah kedua anda menggunakan perisian SMADAV, dimana perisian ini boleh membuang virus shortcut terus unhidden file atau folder anda, perisian ini boleh di download disini


Broayietech berharap sedikit sebanyak panduan ini memberi manafaat pada anda diluar sana…

Bagi mereka yang berada berdekatan chendering atau kuala ibai, memerlukan perkhidmatan servis membaikpulih komputer, laptop atau printer, anda boleh whatsapp broayietech 017 – 918 7218, waktu operasi ahad-khamis 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Suka dengan artikel ini? Jom, kongsikan!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Biodata Penulis

Blogger | IT Support | Review & Lifestyles | 7 tahun pengalaman dalam servis dan selenggara printer juga komputer. Menyediakan servis dan selenggara printer, komputer dan laptop ( whatsapp : 017 918 7218 )

Tinggalkan Komen Anda Disini

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.