Kini segalanya boleh dilakukan dengan mudah dengan perkembangan pesat teknologi, terutama dalam bidang teknologi dan internet.

Artikel pada kali ini broayietech berkongsi dengan anda panduan mengubah fail PDF ke PTT,  tiba-tiba berlaku semasa bekerja. Sebagai contoh, apabila anda diberitahu untuk membuat presentation pada hari itu tetapi anda masih tidak mempunyai fail pembentangan dalam bentuk PPT ( Power Point ).

Anda hanya mempunyai bahan pembentangan dalam format PDF. Di sini anda tidak perlu bimbang kerana anda boleh menukar fail PDF ke dalam fail PPT.

Cara Mengubah Fail PDF Ke Power Point Secara Atas Talian

Cara pertama mengubah fail PDF ke PTT iaitu secara atas talian, jika anda menggunakan secara atas talian pastikan mempunyai sambungan internet terlebih dahulu..

1. Buka pelayar atau browse anda samada opera, mozilla firefox atau google chrome dan layari ke halaman dibawah ( klik disini ).

2. Selepas itu akan muncul seperti halaman dibawah, klik pada ” Choose File ” dimana anda perlu memilih fail pdf yang ingin di convert kepada PTT ( power point ).

3. Setelah anda masuk ke folder dan memilih file pdf yang ingin anda ubah, pilih file tersebut dan klik pada button ” open ” seperti gambarajah dibawah.

4. Tunggu seketika sehingga proses muat naik fail pdf selesai. Apabila proses muat naik berjalan ia akan kelihatan seperti gambar berikut.

5. Setelah proses upload siap, akan tampil seperti gambarajah dibawah dimana anda boleh terus download, share, upload ke dropbox atau ke google drive.

Cara Mengubah Fail PDF ke Power Point Dengan Perisian  PDF Element

Cara kedua yang boleh anda gunakan adalah menggunakan perisian tambahan untuk menukar pdf ke PPT. Oleh itu, pertama anda perlu mempunyai aplikasi yang diperlukan pada komputer anda. Ok, betul, inilah cara untuk menukar PDF ke PPT dengan aplikasi.

1. Silalah muat turun perisian element ( klik disini ) setelah siap download install perisian ini di laptop atau komputer anda, seperti gambarah dibawah.

2. Setelah anda siap download dan install, buka perisian tersebut dan klik pada ” Open File ” pilih fail pdf yang anda ingin jadikan sebagai PTT ( power point ), seperti gambarajah dibawah.

3. Setelah anda iatu anda klik button ” open ” selesai klik fail pdf anda akan terbuka seperti gambarajah dibawah, anda klik button ” To PTT ” pada taskbar atas, maka fail pdf anda nanti akan disimpan sebagai fail PTT.

Demikian sedikit perkongsian dari broayietech.com. Semuga perkongsi ini memberi manafaat sedikit sebanyak kepada anda, jika anda rasa artikel ini menarik untuk dikongsi jangan lupa klik button ” Sharing Is Caring ” dibawah.

Sharing Is Caring

Biodata Penulis

Blogger | IT Support | Review & Lifestyles | 7 tahun pengalaman dalam servis dan selenggara printer juga komputer. Menyediakan servis dan selenggara printer, komputer dan laptop ( whatsapp : 017 918 7218 )

Tinggalkan Komen Anda Disini

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.