Kembali lagi dengan tips dan toturial komputer, adakah anda ingin mengubah format fail video kepada MP3. Artikel kali ini broayietech akan berkongsi dengan anda panduan menukar video ke audio ( MP3 ) dengan perisian VLC Player.

Apakah fungsi Convert?

Convert adalah satu tindakan dimana menukar satu format samada video ke mp3 atau, mana-mana format tanpa mengurangkan konten dalam format tersebut. Sedangkan ianya menggunakan convert tools/aplikasi yang digunakan untuk melakukan konversi ( Converting ).

Mengapa Menggunakan Perisian VLC Player?

VLC Player adalah perisian media player yang mana biasa digunakan untuk tonton filem mahupun video rakaman. Ianya juga digunakan untuk media alternative untuk convert hasil kerja. Ikuti panduan menukar video ke audio ( mp3 ) dengan perisian VLC Player dibawah.

Panduan Menukar Video Ke Audio ( MP3 ) dengan perisian VLC Player

Panduan Pertama :

Pertama-tama kali anda perlu install perisian VLC Player, ianya percuma dan boleh dimuat turun disini.

Langkah kedua :-

Pada menu bar anda klik media dan seterusnya pilih convert/save ( CRL+R ), maka akan muncul kotak dialog seperti gambarajah dibawah, seterusnya pada file klik ADD untuk mencari video yang anda ingin convert ke MP3, jika sudah maka klik convert/save.

Langkah Ketiga :-

Setelah dialih kepada step berikutnya, anda pilih format audio-mp3 pada pilihan profile, seperti gambarajah dibawah, kemudian anda klik browse lalu beri nama file mp3 anda ( pastikan anda tulis .mp3 dibelakang file mp3 anda), selesai lalu klik save. Maka video yang anda download sudah berubah kepada format MP3.

Semuga perkongsi ini memberi manafaat buat anda diluar sana, jika anda rasa artikel ini menarik dan perlu dikongsi. Jangan lupa klik button sharing dibawah dan kongsi di media sosial anda.

Suka dengan artikel ini? Jom, kongsikan!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Biodata Penulis

Blogger | IT Support | Review & Lifestyles | 7 tahun pengalaman dalam servis dan selenggara printer juga komputer. Menyediakan servis dan selenggara printer, komputer dan laptop ( whatsapp : 017 918 7218 )

Tinggalkan Komen Anda Disini

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.