Laptop yang anda gunakan, sudah semestinya memiliki banyak maklumat dan data penting seperti assigment, maklumat peribadi dan berkaitan pekerjaan, bagaimana jika laptop anda hilang atau ianya dicuri orang?

Panduan Mudah Kesan Laptop Yang Hilang Atau Dicuri

Artikel pada kali ini broayietech.com kongsi satu perisian prey, perisian ini  yang dapat membantu anda jejak atau kesan lokasi laptop yang hilang atau dicuri.

Install Perisian Prey.

Perisian ini menyokong platform Windows , Mac OS x, Android, IOS dan Linux, bagi tempoh permulaan hanya 3 device, ikuti cara pengunaan prey dibawah. Perisian ini menyediakan tools yang diperlukan bagi membantu anda menjejak lokasi laptop yang hilang atau dicuri, anda juga dapat mengunci si pencuri daripada access laptop.

Ikuti Cara Penggunaan Prey Di Bawah

Cara ini berfungsi, jika laptop anda telah mempunyai perisian pengesanan laptop iaitu Prey di laptop. Laptop akan memaklumkan lokasi apabila ianya disambung ke internet. Jadi, bagi anda yang mempunyai laptop wajib memasang perisian ini untuk membuat laptop anda selamat dan mudah untuk mengesan apabila laptop hilang atau dicuri.

Cara 1 :-  Buka website prey https://preyproject.com/ dengan laptop anda.

Klik pada menu ” log In ”  anda akan dibawa ke halaman seperti gambarajah dibawah.

Jika anda sudah mempunyai akaun prey masukkan e-mail dan password, klik pada “log in” , jika tidak mempunyai akaun anda klik pada “Don’t Have An Account” anda akan dibawa ke halaman seperti gambarajah dibawah.

Isi butiran diperlukan seperti diatas, selesai klik ” Sign Up ” kini anda sudah mempunyai akaun prey anda log in akaun, pilih ” Add New Device ” pilih peranti yang anda ingin lindungi sebagai contoh pilih windows untuk melindungi laptop anda, seperti gambarajah dibawah.

Pasang perisian yang dimuat turun pada laptop anda dan membukanya. Pilih pengguna yang sedia ada apabila anda mempunyai akaun, seperti gambarajah dibawah.

Anda boleh menukar tetapan konfigurasi Prey dan tetapkan selang masa Pembaruan Prey dalam beberapa minit, ianya secara lalai Prey akan memberitahu anda kemas kini 10 minit. Selepas itu, log masuk sekali lagi.

Selesai kini laptop anda lebih selamat , perisian ini adalah langkah berjaga-jaga jika laptop anda hilang atau dicuri. Semuga ianya memberi manafaat buat anda terutama pelajar.

Suka dengan artikel ini? Jom, kongsikan!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Biodata Penulis

Blogger | IT Support | Review & Lifestyles | 7 tahun pengalaman dalam servis dan selenggara printer juga komputer. Menyediakan servis dan selenggara printer, komputer dan laptop ( whatsapp : 017 918 7218 )

This article has 2 komen

  1. azrinros Reply

    Ingat Smartphones sahaja boleh dikesan. Rupanya Laptop pun boleh dikesan setelah install application Prey ini.

Tinggalkan Komen Anda Disini

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.