Sebelum ini broayietech.com membuat panduan cara daftar e-mail domain sendiri di zoho mail, untuk post artikel kali ini broayietech.com menyediakan panduan setup zoho mail domain sendiri ke microsoft outlook 2013.

Apa itu Microsoft Outlook?

Microsoft Office Outlook adalah aplikasi pengurusan maklumat peribadi Microsoft Office Suite. Ianya berfungsi untuk menghantar dan membaca mel elektronik (e-mel). Walau bagaimanapun, aplikasi ini juga mempunyai fungsi seperti nota, jurnal, jadual kerja dan kalendar. Microsoft Outlook juga menyediakan akses e-mail, kalendar, dan jadual yang dikongsi apabila digabungkan dengan web server mail dari penyedia mail storage seperti gmail, yahoo mail atau zoho mail.

Anda sudah mengenali apa itu microsoft outlook, jom ikuti panduan setup zoho mail domain sendiri ke microsoft outlook 2013. Sebelum itu anda perlu baca artikel Cara Daftar E-mail Domain Sendiri Ke Zoho Mail ( klik disini ).

Anda sudah daftar domain ke zoho mail, sekarang anda ke account setting seperti gambarajah dibawah.


Klik pada setting, anda scroll ke bawah cari “Mail Accounts” klik pada “Pop Access”  lalu klik menu “POP” seperti gambarajah dibawah dimana terdapat pop3 server configuration.

Buka perisian microsoft outlook 2013 anda seperti gambarajah dibawah.

Seterusnya, anda klik pada menu FILE, klik pada  “ADD ACCOUNT” maka akan keluar seperti gambarajah dibawah.

Seterusnya anda klik pada ” Manual Setup Or Additional Server Types ” tekan next akan keluar ” Choose Service ” pada choose service pilih ” Pop Or Imap ” seperti gambarajah dibawah.

Klik next, akan keluar  “Pop And Imap Account Settings” isi kesemua butiran ” User Information ” iaitu Your Name : Sabhi Alif Bin Berahim @ Abd Wahab , E-mail adress : admin@broayietech.com, pada server information Pop In : poppro.zoho.com , Pop Out : smtp.zoho.com , seperti gambarajah dibawah, isi kesemua butiran.

seterusnya klik pada ” More Settings ” pergi ke outgoing server, untick pada ” My outgoing server ( SMTP ) requaries authentication ” seterusnya pergi ke menu advanced isi butiran seperti gambarajah dibawah, selesai isi klik button ” OK “.

Seterusnya klik pada button “TEST ACCOUNT SETTINGS“, seperti gambarajah dibawah.

Selesai sahaja klik close dan tekan button next, maka selesai setup zoho mail domain anda ke microsoft outlook tanpa anda perlu access ke laman zoho mail seperti gmail atau yahoo mail, bukak komputer hanya bukak perisian microsoft outlook.

Broayietech.com berharap panduan ini memudahkan kerja anda dalam membuat pengursan e-mail, senang dan mudah, jika anda rasa panduan ini memberi manafaat pada orang lain kongsikan dengan tekan button share di bawah,

Suka dengan artikel ini? Jom, kongsikan!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Biodata Penulis

Blogger | IT Support | Review & Lifestyles | 7 tahun pengalaman dalam servis dan selenggara printer juga komputer. Menyediakan servis dan selenggara printer, komputer dan laptop ( whatsapp : 017 918 7218 )

Tinggalkan Komen Anda Disini

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.