Cloudflare tidak asing lagi terutama kepada mereka di dalam pembangunan website, cloudflare menawarkan CDN iaitu perkhidmatan keselamatan website ” Content Delivery Network ” dan baru-baru ini cloudflare melancarkan perkhidmatan terbaru dan ianya percuma iaitu Cloudflare DNS.

Tahukah anda? dengan menggunakan cloudflare dns capian internet anda lebih laju dan stabil.

Sebelum ini broayietech.com gunakan google public dns tapi bila dengar berkaitan cloudflare dns terus mencubanya tanpa berfikir panjang.

Sebenarnya bagi setiap service provider internet seperti telekom malaysia sudah mempunyai DNS tersendiri tetapi ianya agak perlahan oleh sebab itu ramai pengguna menggunakan dns dari provider lain seperti opendns, google public dns dan kini cloudflare dns.

Jika anda biasa menggunakan Google DNS (8.8.8.8) dan OpenDNS, Cloudflare DNS baru ini adalah lebih laju dan kini menduduki tempat pertama dalam DNS Performance Speed Test.

Sumber : DNSperf

PANDUAN STABILKAN SAMBUNGAN INTERNET DENGAN CLOUDFLARE DNS

Menggunakan Cloudflare DNS 1.1.1.1 adalah sama sahaja dengan cara menggunakan Google DNS dan sebagainya. Broayietech sertakan panduan ringkas ini untuk pengguna Windows dan Router.

Windows : Network Adapter > Wi-Fi Properties > Internet Protocol IPV4 > set DNS ke 1.1.1.1 dan 1.0.0.1 > tekan OK.

Setting bagi router anda, broayietech menggunakan router dlink dari telekom malaysia dan menggunakan internet capaian unifi 50mbps, ikuti langkah seperti gambarajah dibawah.

Langkah 1 : anda perlu menggunakan mana-mana pelayar, broayietech menggunakan mozilla firefox seperti gambarajah dibawah,  taip default gateway router anda seperi 192.168.0.1 pada bar pelayar

Masukkan password, anda akan dibawa ke satu paparan seperti gambarajah dibawah.

Anda akan nampak pada primary dns server dan secondary dns server iaitu 1.1.1.1 / 1.0.0.1 , untuk mengubahnya anda perlu klik pada ” Go To Settings ” dan anda akan dibawa ke satu halaman seperti gambarajah dibawah.

Klik pada ” Advanced Settings ” terpaparan seperti gambarajah dibawah.

Selesai masukkan 1.1.1.1 dan 1.0.0.1 pada primary dns server dan secondary dns server, anda klik save maka selesai.

jika anda rasa panduan ini dapat membantu rakan-rakan anda jangan lupa klik button share facebook share atau twitter share, semuga perkongsian ini memberi manafaat sedikit sebanyak untuk anda diluar sana.

Suka dengan artikel ini? Jom, kongsikan!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Biodata Penulis

Blogger | IT Support | Review & Lifestyles | 7 tahun pengalaman dalam servis dan selenggara printer juga komputer. Menyediakan servis dan selenggara printer, komputer dan laptop ( whatsapp : 017 918 7218 )

This article has 2 komen

Tinggalkan Komen Anda Disini

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.