Apabila anda membeli komputer samada desktop atau laptop, terdapat dua perkara yang berbeza bagi grafik kad iaitu Integrated GPU  dan Dedicated GPU, apakah perbezaan kedua-duanya, Artikel pada kali ini broayietech akan menerangkan secara ringkas perbezaan kedua-duanya.

Integrated GPU :- ianya satu unit pemprosesan grafik dimana tidak mempunyai memory sendiri dan berkongsi dengan memori sistem,jika anda mempunyai komputer yang mempunyai 4GB memori,berkemungkinan separuh atau suku daripada memori anda kan digunakan, ianya sudah tentu mempunyai peratusan yang berbeza-beza bergantung kepada tugasan yang anda lakukan, samada anda menggunakan multitasking, dimana melakukan kerja yang banyak dalam satu masa terutama apabila anda bermain permainan video.
Dedicated GPU :- ianya pemprosesan grafik yang berdikari atau berdedikasi dimana mempunyai memori sendiri, yang terdiri daripada 512 megabit sehingga beberapa gigabit, dalam komputer ianya tidak akan berkongsi dengan memori sistem, bagi laptop pula ianya sebahagian daripada perkakasan yang terdapat pada motherboard, tetapi mempunyai chip memori tersendiri pada sebelahnya,ianya tidak akan mempengaruhi prestasi komputer,dimana dalam satu masa anda boleh membuat banyak kerja ( multitasking ), samada melakukan kerja-kerja editing photo atau lain-lain, membezakan ianya pada laptop terdapat sticker NVIDIA atau ATI.
Terdapat beberapa kelemahan pada pemprosesan grafik berdedikasi ( Dedicated GPU ), jika anda tidak mempunyai sistem pengudaraan yang baik ianya akan membuat pmprosesan grafik berdedikasi cepat panas,penggunaan pemprosesan grafik berdedikasi menggunakan daya bateri yang banyak ini akan mempengaruhi jangka hayat batteri laptop, harga pula agak mahal bergantung kepada prestasi pemprosesan grafik (Dedicated GPU) mengikut jenis berbanding dengan pemprosesan grafik bersepadu (  integrated GPU ).
Jika anda seorang pereka grafik atau seorang permain permainan video, penulis sarangkan anda membeli laptop dimana mempunyai dedicated gpu, dimana ianya mementingkan prestasi, tetapi perlu dingat anda perlulah mempunyai sistem pengudaraan yang baik, agak laptop anda tahan lebih lama dan mempunyai prestasi yang baik.
Broayietech berharap,artikel ini sedikit sebanyak membantu anda dalam membuat pemilihan untuk mereka yang masih tercari-cari laptop yang sesuai mengikut penggunaan, jika anda rasa artikel ini menarik kongsi dengan rakan-rakan melalui media social, terdapat sebarang pertanyaan atau kemusyiklan anda boleh ke ruangan komentar dibawah.

Bagi mereka yang berada berdekatan chendering atau kuala ibai, memerlukan perkhidmatan servis membaikpulih komputer, laptop atau printer, anda boleh whatsapp broayietech 017 – 918 7218, waktu operasi ahad-khamis 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Suka dengan artikel ini? Jom, kongsikan!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Biodata Penulis

Blogger | IT Support | Review & Lifestyles | 7 tahun pengalaman dalam servis dan selenggara printer juga komputer. Menyediakan servis dan selenggara printer, komputer dan laptop ( whatsapp : 017 918 7218 )

Tinggalkan Komen Anda Disini

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.