Sistem pengkomputeran, Ram ( random access memory ) merupakan komponen terpenting, oleh itu anda perlu berhati-hati dalam memilih ram pada desktop atau pun laptop bersesuian mengikut jenis RAM.

Jenus RAM terbaru iaitu DDR4, tetapi penggunanya tidak menyeluruh kerana diklasifikasikan sebagai baru, jenis DDR4 masih tidak begitu popular dan hanya digunakan pada jenis laptop / desktop khusus jenis output terbaru saja.
Manakala DDR3 masih digunakan disebabkan keserasian dengan perkakasan lain masih luas, terutamanya berkaitan dengan chipset dan pemproses.

PERBEZAAN RAM DDR3 DAN DDR3L ( LOW VOLTAGE )
Kebiasaan bagi pengguna biasa, jika sekali pandang kedua-duanya tiada perbezaan tetapi harus diingat jika anda melakukan kesilapan maka rugilah anda membelinya kerana tidak berfungsi dan mungkin mengakibatkan laptop atau desktop anda mengalami masalah windows crush or blue screen.
Berikut broayietech akan menerangkan perbezaan diantara kedua-duanya yang perlu anda fahami :-
  1. Secara fizikal anda boleh menyemak label pada RAM dimana bagi RAM DDR3L terdapat affix L manakala bagi DDR3 terdapat kod PC dibelakang label RAM.
  2. DDR3L mengunakan tegangan voltage 1.35v manakala DDR3 menggunakan tegangan voltage 1.50V
  3. Bagi RAM DDR3L ianya bekerja secara double channel manakala DDR3 bekerja secara single channel.
MENGENALPASTI SLOT RAM PADA LAPTOP ATAU DESKTOP
Bagi memastikan slot ram pada laptop atau dekstop anda, ianya sangat mudah anda menggunakan perisian CPU-Z, seperti gambarajah dibawah :-


ADAKAH SLOT DDR3L MENYOKONG RAM DDR3?

Jika anda lihat pada nilai voltage bagi RAM DDR3L iaitu 1.35v manakala RAM DDR3 1.50v, sama sekali RAM DDR3 tidak dapat menyokong penggunaan pada slot DDR3L dengan nilai DDR3 amat besar berbanding RAM DDR3L, tetapi RAM DDR3L menyokong penggunaan bagi Slot DDR3, ada tetapi berkemungkinan laptop anda tiada paparan atau terdapat masalah blue screen.

Ok, diharapkan dengan sedikit penjelasan berkaitan perbezaan RAM DDR3 Dan RAM DDR3l ( Low Voltage ) dapat membantu anda pengguna diluar sana dalam memilih jenis ram bersesuian dengan kebuntuhan laptop atau desktop anda, ingat jangan sampai tersilap beli ianya merugikan anda.


Bagi mereka yang berada berdekatan chendering atau kuala ibai, memerlukan perkhidmatan servis membaikpulih komputer, laptop atau printer, anda boleh whatsapp broayietech 017 – 918 7218, waktu operasi ahad-khamis 9.00 pagi hingga 5.00 petang.


Suka dengan artikel ini? Jom, kongsikan!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Biodata Penulis

Blogger | IT Support | Review & Lifestyles | 7 tahun pengalaman dalam servis dan selenggara printer juga komputer. Menyediakan servis dan selenggara printer, komputer dan laptop ( whatsapp : 017 918 7218 )

Tinggalkan Komen Anda Disini

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.