Apa Beza Antara Web Blog Dan Website?

Broayietech tahu ramai orang keliru mengenai perbezaan dua perkara ini. Ramai yang menganggap laman website dan web blog adalah benda yang sama, ianya sebenarnya adalah tidak sama sekali.

Broayietech akan terangkan dengan jelas tentang perbezaan antara web blog dan website.

Apa itu Web Blog?

Web blog adalah berbentuk diari atau sebenarnya bermaksud ‘web log’ yang digunakan penulis untuk menyenaraikan post secara kronologi. Biasanya kandungan/artikel didalam blog adalah berbentuk informasi atau peribadi oleh pemilik blog berkenaan.

Blog sangat mudah dicipta dengan menggunakan platform dari google iaitu blogspot atau pun wordpress.com, terdapat juga blog menggunakan wordpress.org.

Bagi wordpress.org anda perlulah mempunyai web hosting sendiri dan domain sendiri seperti www.broayietech.com atau www.chiktie.com

Sesuatu blog akan berkembang dengan kandungan yang sentiasa ditambah dan dikemaskini. Semakin konsisten kandungan ditambah semakin blog tersebut mendapat banyak perhatian.

Apa itu Web Site?

Seperti yang broayietech jelaskan blog juga merupakan website, akan tetapi tidak semestinya website itu blog kerana website tidak mengandungi artikel yang selalu diupdate.

Dipanggil website atau laman web kerana kandungan pada halamanya tidak merubah seperti website ” Maybank2u, CIMB, RHB dan banyak lagi, akan tetapi website juga boleh mempunyai blog kerana MR google suka kepada web yang mempunyai artikel yang fresh dan baru seperti halaman siraplimau, amanz.my dan banyak lagi.

Suka dengan artikel ini? Jom, kongsikan!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Biodata Penulis

Blogger | IT Support | Review & Lifestyles | 7 tahun pengalaman dalam servis dan selenggara printer juga komputer. Menyediakan servis dan selenggara printer, komputer dan laptop ( whatsapp : 017 918 7218 )

Tinggalkan Komen Anda Disini

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.