Artikel kali ini broayietech kan berkongsi dengan anda apa itu perisian Freeware dan Shareware, ada pelanggan di kedai broayietech kerja minta download perisian FILMORA, broayietech tersenyum bukan main download perisian.

 

Oleh sebab itu broayietech akan berkongsi dengan anda berkaitan apa itu perisian freeware dan shareware?

Perisian Freeware?

Perisian percuma (dalam bahasa Inggeris freeware) merupakan perisian komputer yang percuma tetapi mempunyai hakcipta yang dimiliki oleh pembangunnya, yang mempunyai hak untuk mengawal pengedarannya, mengubahsuainya dan menjualnya di kemudian hari.Selalunya, freeware diedarkan tanpa disertakan kod sumbernya dan lantas mengelakkan para penggunanya daripada mengubahsuai perisian tersebut. Dengan ini, freeware adalah berbeza dengan perisian bebas yang membenarkan pengubahsuaian pada perisian. 
 
Anda boleh lihat gambarajah dibawah.
 
 
 

Perisian Shareware?

Perisian shareware ialah perisian di mana penguna boleh menggunakan perisian tersebut dalam tempoh masa tertentu sahaja. Sama dengan perisian freeware; perisian shareware adalah percuma, bebas diguna pakai oleh sesiapa sahaja, boleh diedar tetapi hanya boleh digunakan dalam jangkamasa tertentu. Mungkin seminggu, 10 hari, 30 hari atau beberapa hari sekalipun mengikut kehendak pencipta perisian tersebut. 
 
Selepas tamat tempoh percubaan (trial period), perisian shareware biasanya tidak boleh digunakan lagi. Jika masih berminat menggunakan perisian shareware berkenaan, pengguna perlu membayar sejumlah wang untuk mengaktifkannya kembali.
 
Seperti gambarajah dibawah.
 
 
Ok, semuga perkongsian ini sedikit sebanyak mendedahkan kepada anda pengguna diluar sana :), jika anda rasa artikel ini memberi manafaat pada orang lain kongsi di sosial media anda.

Sharing Is Caring

Biodata Penulis

Blogger | IT Support | Review & Lifestyles | 7 tahun pengalaman dalam servis dan selenggara printer juga komputer. Menyediakan servis dan selenggara printer, komputer dan laptop ( whatsapp : 017 918 7218 )

Tinggalkan Komen Anda Disini

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.