Apa itu servis laptop?

Servis laptop adalah dimana laptop akan dibuka dan habuk yang berkumpul di kipas laptop akan dibersihkan. Thermal paste baru akan digantikan dan menguji performance laptop anda.

 

Kenapa laptop perlu diservis?

Seperti juga kenderaan, laptop mempunyai komponen yang bergerak, dimana komponen yang bergerak memerlukan sistem penyejukan seperti processor dan pemproses grafik menjana haba yang sangat tinggi sehingga mencecah 100 darjah C.

Sistem penyejukan membantu menyejukkan komponen ini adalah kipas yang bersambung dengan besi tembaga. Besi tembaga ini akan bersentuh melalui thermal paste dengan komponen komponen panas ini.

Kipas di dalam lama kelamaan akan memerangkap habuk dan punca laptop anda panas disebabkan habuk berkumpul menyebabkan sistem penyejukan tidak dapat berfungsi dengan baik.

Langkah yang perlu diambil dengan melalukan servis kepada  kipas agar  berfungsi dengan baik.

Apa itu thermal paste atau thermal pad?

Thermal paste atau thermal pad adalah lapisan yang mana digunakan bertujuan membantu dalam menyejukkan komponen pada motherboard.

Dimana nak servis laptop?

Untuk anda servis laptop disyorkan anda menghantar ke kedai komputer atau pun mereka yang pakar dalam melakukan selenggaran pada laptop anda.

Bila waktu sesuai servis laptop?

Dinasihati untuk servis laptop sekurangnya 3 bulan 1 kali, jika keadaan anda terdedah pada debu seeloknya 1 bulan 1 kali.

Kesimpulan

1. Servis laptop mampu memanjangkan jangka hayat laptop anda.

2. Haba adalah musuh utama komponen laptop / motherboard.

3. Hantar laptop anda pada yang pakar.

Bagi anda sekitar chendering, kubang ikan atau kuala ibai broayietech menyediakan servis dan selenggara komputer, printer dan laptop, Anda boleh whatsapp ke 017-918 7218

Waktu operasi 6.00 ptg hingga 10.00 malam, perkhidmatan ambil dan hantar disediakan.

Biodata Penulis

Blogger | IT Support | Review & Lifestyles | 7 tahun pengalaman dalam servis dan selenggara printer juga komputer. Menyediakan servis dan selenggara printer, komputer dan laptop ( whatsapp : 017 918 7218 )

Tinggalkan Komen Anda Disini

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.