Assalamualaikum dan salam sejahtera, ok artikel kali ini broayietech akan berkongsi dengan anda tips memilih printer samada inkjet atau laser jet, kegunaan untuk home user atau office user. Tips ini mengikut pengalaman broayietech samasa bekerja di salah satu kedai komputer di kota bharu.

Tujuan Anda..

Sebelum membeli printer terlebih dahulu anda mesti tahu keperluan untuk kegunaan dirumah atau untuk kegunaan pejabat, samada printer jenis inkjet atau laser jet.

Jumlah Cetakkan…

Ada di kalangan anda yang membeli printer untuk kegunaan rumah tetapi igin mencetak dalam kuantiti cetakkan yang banyak, so broayietech cadangkan anda menggunakan printer jenis laser jet atau printer yang mempunyai tangki diluar seperti printer jenis brothers series DCP-T Series atau canon G Series.

Fungsi Pada Printer…

Terdapat dua jenis fungsi pada printer dan salah satu iaitu 3 dalam 1, dimana printer berfungsi sebagai pencetak, scan atau photostat dalam kuantiti 10-20 keping.

Penjagaan…

Salah satu kelemahan pada printer laser iaitu harga toner yang agak mahal berbanding printer jenis inkjet, manakala printer jenis inkjet agak cerewat dimana anda perlu pengguna ianya jika tidak ink pada cartridge akan kering dan menyebabkan catridge rosak, sebelum anda membeli pastikan betul-betul kegunaan anda.

Jaminan…

Untuk pengetahuian anda kebanyakkan printer datang dengan jaminan iaitu 1 tahun warranti, bergantung kepada model dan series printer itu, tetapi ada juga yang memberi 3 tahun jaminan bertanya kepada jurujual printer jangan sampai anda ditipu hidup-hidup.

Nota tambahan…..

jika printer anda telah diubahsuai menggunakan tank diluar atau menggunakan catridge palsu atau toner palsu jaminan automatik telah terbatal ( void ) kerana anda telah melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pengeluar printer.

Semuga tips ini memberi sedikit sebanyak maklumat dan manafaat buat anda diluar sana, bagi pengguna seorang pelajar broayietech mencadangkan printer inkjet jenis HP kerana harga catridge yang murah tetapi model HP tidak boleh pasang ink tank, walaupun ada yang mengatakan boleh kerana model HP agak sensitif pada sensor pembawa catridge, jika berlaku liking atau kebocoran pada catridge maka totaly printer HP akan rosak dan kos untuk membaikinya sama seperti membeli printer baru.

Jika anda rasa artikel ini memberi manafaat pada orang lain,jangan luka tekan button like atau share pada bawah artikel ini..

broayietech menyediakan perkhidmatan servis dan membaikpulih printer( canon,brothers,epson,hp dan ricoh ) bagi mereka sekitar chendering ( taman permin jaya, taman jalan maju dan area sekitar servis ambil dan hantar disediakan ), bagi mereka di wisma negeri terengganu servis free pickup disediakan seawal pukul 8.30 pagi. Berminat boleh whatsapp atau call 017-918 7218 ( Bro Ayie )

Sharing Is Caring

Biodata Penulis

Blogger | IT Support | Review & Lifestyles | 7 tahun pengalaman dalam servis dan selenggara printer juga komputer. Menyediakan servis dan selenggara printer, komputer dan laptop ( whatsapp : 017 918 7218 )

Tinggalkan Komen Anda Disini

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.